Monday, November 24, 2008

pengakhiran

generally,

semester july 08 hampir tamat
dengan segala rendah diri
aku nak minta maaf
jika ada salah silap
tak puas hati
tersalah cakap
terkasar bahasa mahupun perbuatan
juga kalau kalau ada terkutuk atau terumpat atau tercakap belakang

perkara perkara di atas adalah sangat di luar sedaran minda kalau berlaku
semua orang pernah buat tanpa disedari

so aku mengharapkan kemaafan terhadap segala kesalahan2 yg telah dilakukan
sebab aku dah pun maafkan semua orang yg melakukan perkara perkara seperti di atas jugak
takde manusia pun yg sempurna

sekian.



Saturday, November 22, 2008

manusia

manusia
sepatutnya pandai membezakan
mana yg baik
mana yg buruk

manusia
sepatutnya paham bahasa
yg mana orang senang dengannya
yg mana orang dah menyampah dengannya

manusia
sepatutnya sedar
bukan dia sorang yg ada kawan
orang lain pun ada kawan
patutlah ada peribahasa 'bagai katak di bawah tempurung'

manusia
sepatutnya tahu
nak jaga mulut badan sendiri
bukan jaga tepi kain orang

manusia
sepatutnya sedar diri
yg ada orang lain lg atas darinya
jangan nak perasan tinggi
kalau tak, silalah si hidung tinggi

manusia
didikan agama peringkat awal patutnya mencukupi
untuk menghasilkan peribadi murni
sayangnya sekolah tinggi maruah tak tinggi
tapi yang sekolah tak tinggi hati punyalah suci

manusia
sepatutnya beringat
ada kawan jaga hatinya
bukan gunakannya

manusia
sepatutnya serik
belajar dari kesilapan
tapi aku pelik
ada jugak yg tak henti2 buat kesilapan

manusia
sepatutnya berfikir
ada dia buat salah dengan orang?
bukannya fikir semua orang salah dengan dia

manusia
sepatutnya hormat
manusia manusia lain
bukan dok sindir tak sudah sudah

manusia
sepatutnya kena pandai bermaafan
kalau tidak
jadilah buah atau binatang



aku...... ada kawan
yg dah tak ada kawan

macam mana dia berkawan??
dia tak ada kawan.




Wednesday, November 12, 2008

facts yg patut diketahui pada hari ini

1. kereta aku boleh parking kat tempat kereta lain tak boleh parking. lepas tu dapat surat kuning. nasib baik kertas kuning besar. yakni surat amaran.

2. peperiksaan kejuruteraan perisian akan berlangsung jam 2.30 petang.
pesanan : bawa alat tulis sahaja. sila tinggalkan otak anda di bilik.

3. battery phone lg lebih tahan daripada battery phone sony ericsson. (aku buat eksperimen sebelum tidur semalam)

4. terserempak dengan makcik cleaner semasa perjalanan pulang ke rumah v5. makcik tu ajak aku berbual. "maghii leee...maghi leeee". orang perak rupenye.

5. kereta aku dah lumpuh. habis suluh hancur luluh. payah peluh. pocket penuh pun lusuh.
14hb november = roadtax kereta akan mati.

pesanan : sila sediakan duit sebanyak ratusan ringgit. jangan tanya kenapa aku tak ada duit bulan ni.

Sunday, November 9, 2008

Solitaire and Minesweeper

today i learned one important fact
the fact that tasha could finished her solitaire with a few clicks



i think it just a few minutes matter of time before she finished it

the first time i jumped my head on her laptop was the time when she was on the phone

the next few minutes i heard so many clickies sounds coming from her and i turned to see

i fell my mouth open and staring blankly at the screen
the next thing i know that all the cards were started to coming out from the screen

alah u know the thing that happened when u finished this solitaire freak game


ouh and by the way
do u know that i have never ever be able to finish this solitaire by using vegas style with the draw three cards thingy

it's a lame i know


dont worry i'll keep trying over and over again.

ouh and another fact that u wud probably want to know.

i have this one friend which i'm usually making his name as a replacing word of rhyme

eg : "bagai melukut di tepi *****"

i found out that the way he plays minesweeper is different with mine



he'll randomly click everywhere he could until he hit any box with a bomb sign
which is obviously he'll hit one in no time

then he will look at u with a satisfied smile on his face as like he's winning the game
then he'll turn to a new game and do the same thing including the smile


do u thinking of what i'm thinking?

Saturday, November 8, 2008

Semalaman di Tropika sebenarnya - Jack dan kacangnya versi Koala



saya ada sorang kawan
nama dia jack
dia bela lembu



pada suatu hari
dia mahu menjualkan lembu tersebut
oleh itu dia pergi ke pasar pagi
lalu terjumpa seorang pakcik buncit berbangsa bukan berbangsa melayu



"hablagh hablagh hablagh!", kata pakcik itu.

pakcik tersebut tak cukup duit rupanya
lalu pakcik tersebut memberikan si jack sebiji kacang
pabila pulang ke rumah, ibu jack marah marah

"alululululululululu!!", si ibu naik minyak.
(dibaca dengan high pitch dan gaya2 sharifah)


kacang dibuang ke belakang rumah


-intermission-


jack bangun pagi
ada pokok kacang yang tinggi di belakang rumah




dia pun panjat



jumpa sang gergasi
jack rembat angsa bertelur emas gergasi itu
gergasi terjaga
lalu mengejar jack
jack turun melompat
gergasi itu juga memanjat pokok kacang jack



jack memotong pokok itu
gergasi jatuh
gergasi bangun
tak mati lagi
jack lari kepada ibunya

jack berkata,
"mak mak ada gergasi kejar kita, jom kita lari!"

si ibu menjawap,

"takpat jack~~"





credits to : dzul, tasha, nad, lela, ain, anne, ina



Sunday, November 2, 2008

main tag tag

I was tagged by Fithri Natasha

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- dengar explaination dia dulu. agak2 tak masuk akal campak longkang la.

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
- nak sports car sekarang dan duit minyak yang mencukupi.

3. If you are the opposite gender, what would you do?
- i'm eager to be a lesb. what wud it feel ya? haha

4. What would you do with a billion dollars?
- masuk asb separuh. yg lain joli.

5. Will you fall in love with your friend?
- i wish i'm not. it's complicated.

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
- dua dua sama jer.

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- until the age pass by la.

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
- move to the next step please

9. Have u ever been labeled as a snatcher?
- hahaha nak jawapan tipu ke betul betul?

10. What takes you down the fastest?
- bila semua orang nak emo.

11. How would you see yourself in ten years time?
- kawin. kerja. kaya.

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
- i really want a good sleep which i wont get until wednesday

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- u wont regretting the fact of knowing her. trust me.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
- single and rich. kalau kawin miskin nak bg anak makan apa nanti.

15. What's the first thing you do when you wake up today?
- lompat atas katil nad tasha and zul.

16. Would you give all in a relationship?
- if i think the right person has been found so why wudnt i?

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
-depends of some qualities

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
- yes but it really takes a lot of time and things wont be the same as before.

19. What is your feeling rite now?
- saya sangat mengantuk dan stress

saya tak tahu nak tag siapa. later la.

Monday, October 20, 2008

arang batu

ye ah memang aku beli baju mahal2 untuk buat bakar arang sampai belobang kan. sila lah bakar lagi.

Sunday, October 12, 2008

seminggu yang memeningkan kepala



things to complete by end of this week!! :




  • amik project title 2 for dge which sepatutnya diambil last wednesday
  • siapkan documentation for se yg kena submit malam ni
  • prepare for presentation tuk se esok kalau ada
  • siapkan login interface and databases for ip punya project
  • buat lab hci last week punya and email kat g.a.
  • start work on dcn punya project by end of this week
  • ada meeting for hci project dan pembahagian kerja
  • se test on this wed
  • hci test on this fri
  • nak main dota lagi nak tgk series lagi. mana sempat wei...

Raya 2008

24th & 25th Sept Wednesday & Thursday
Struggled siapkan project dge
had two test
siapkan lab report
tak dapat tidur

26th Sept Friday
masih tak dapat tidur
bertolak ke kuala lumpur
makan di uptown damansara
ke midvalley
juga ke sunway pyramid
agenda bershopping gagal. result : tiada hasil satu haram pun

27th Sept Saturday
tidur sekejap dan bangun pagi
ke sunway pyramid sebab ada orang gatal nak jco sebelum balik jb
bertolak ke johor bahru
terus menuju ke carwarsh sebaik sampai
ke bazaar berdekatan rumah

28th Sept Sunday
bangun pagi lagi untuk ke kubur bersama keluarga. *masih tak cukup tidur*
ke pelangi metrojaya
ke plaza angsana
berbuka di senibong seafood
tidur sebaik jam mencecah 10 malam

29th Sept Monday
bangun pada jam 4 petang..*cukup tidur*
berjaya memujuk tak balik kampung hari ni
ke tebrau city
ke pusat karaoke berhampiran

30th Sept Tuesday
bertolak pulang ke muar
menganyam ketupat dan membuat kek

1st Oct Wednesday
Raya!
bangun pagi nak pergi semayang raya tapi terlambat jugak
result : semayang atas tar jalan and dengar khutbah sambil bersandar di honda city entah siapa.
kenduri dan sedikit tahlil
tidur beramai2 bergelimpangan di depan tv pada waktu tengah hari *tiap2 tahun raya mesti ada agenda ni*

2nd Oct Thursday
sangat bosan sebab duduk rumah saje menanti orang datang

3rd Oct Friday
pulang ke tanah air jb
singgah beraya di rumah akak ku di kluang. makan mee bandung
beraya ke rumah rakan

4th Oct Saturday
ke beberapa open house yang diadakan rakan2

5th Oct Sunday
bangun lambat dan ke open house lagi

6th Oct Monday
selamat tinggal johor bahru. bertolak ke subang
ke midvalley

7th Oct Tuesday
bangun pagi dan start pening2 ayam
masuk tengah hari dah start nak merangkak
tak jd balik hari ni sebab tidur 1 hari kat rumah nana
dinner nasi kosong dan tomyam ayam yg panas kat subang juga

8th Oct Wednesday
tak jadi pulang ke utp seperti yg dijadualkan selepas tasha dan zul dapat dibakar oleh azam anne dan azik ketika minum2 di mcd.
lepak kat hartamas *tak padan dengan demam*

9th Oct Thursday
janji balik at 9am tp bangun dah 9.30am.
selepas bergolek bergulik at last bergerak at 11am dr rumah.
breakfast kat old town so bergerak pulang at 11.50 mcm tu.
pulang ke utp dengan hati yang amat berat sekali.

10th & 11th Oct Friday & Saturday
aku masih gagal untuk menyihatkan diri



ah raya kali ni sangatlah bosan..income pun tak banyak. duh.

Monday, September 22, 2008

tribute to ayah ngn mak aku..


*atas* husband kakak aku, aku, mak aku, abg aku,
*bawah* kakak aku, anak dia, wife abg aku and anak dia.
(aku tak ada gambar ayah aku dlm laptop..)



mohamed haziq bin samsualdin nama aku. ayah aku bg kata mak aku.
aku asalnye dari melaka. lahir kat jasin.
tapi duduk melaka sampai aku umur 4 taun jer.
pastu aku pindah jb taun 1992. dlm 24 may cmtu.
kitorang satu family, pn hamidah, encik samsualdin, cik rafidah(sekarang puan) ngn encik hafis dan juge encik haziq seronok2 la kemas2 angkat2 barang sume.(walaupun aku tak ingat satu hape pun. kecik lagi kan)

then ade satu hari ni, which is 2nd of june, seminggu lepas kitorang pindah kat rumah yg sekarang ni still lagi kami duduk, encik samsualdin yg merupakan ayah aku pergi la ke jpj. teman pakcik aku renew lesen katenye.
then ayah aku ni park la kat tepi jalan ni menunggu pakcik aku. tunggu punya tunggu punya tunggu
dan tunggu...........


beberapa jam kemudian pakcik aku pun balik la semula kat kereta.
dia bukak2 pintu kereta jer nampak ayah aku dah baringkan kerusi. dia dah bukak baju ngn aircond terpasang dengan maximumnye.
die kata dia sakit dada. berpeluh2 dia tahan sakit.
pakcik aku ni pun cepat2 la drive nak pergi hospital sultanah aminah.
dlm tgh perjalanan tu,(aku taktau la exactly kat mana), ayah aku tiba2 longlai jer.
pakcik aku kejut2 gegar2 pun tak ada jawapan.
pakcik aku panic.

sampai2 kat hospital, doctor sahkan yang ayah aku meninggal dunia.
maybe stroke katanya. mungkin juga sakit jantung. tapi aku tau ayah aku takde penyakit ape2.
proses menghubungi ahli2 keluarga kemudian bermula.

yang aku sedih sangat sebab mak aku orang yang last sekali tau.
dah berapa jam lama lepas tu baru makcik aku telefon.
mak aku ckp dia dah teduduk. tinggal tunggu nak pengsan je.
mak aku nangis tak benti.
kakak aku kat sekolah sharifah rodziah tengah amik paper trial exam spm dia.
abang aku tengah kelas kat sekolah.
yang ada hanyalah aku kat sisi mak aku.
aku taktau ape2 time tu.
aku tau gelak2 and bila aku tgk mak aku nangis aku pun nangis jugak.

bila mayat sampai kat rumah aku yg baru seminggu ayah aku beli, aku duduk kat luar sebab mak aku ckp aku tak suka orang ramai kat dalam rumah aku.
aku sibuk main dengan anak orang singapore sebelah. mas nama dia kalau aku tak silap.
bila mak aku suruh aku cium dahi ayah aku tuk last time, aku nangis2 tanak.
mak aku ckp aku takut tgk muka ayah aku kaku.
sampai sekarang aku regret benda ni.

lepas tu, aku demam seminggu dan aku taknak ckp dengan sape2 pun.
aku mula tak nak makan semua.
dulu ayah aku yg selalu suap aku makan.
mungkin sebab tu jugak aku ni kurus.

dr aku umur 4 taun, sampai la sekarang ni umur 20 taun, 16 tahun mak aku besarkan aku.
sorang2 je dia bela aku.
mak aku bg aku cukup ilmu, adab semua lah.
aku sangat bangga sebab aku ada mak mcm mak aku.

kadang2 aku sedih
sebab semua orang ada ayah.
nak2 bila hari amik report card.
kawan aku selalu tanya "mana ayah kaw wei?", "kenapa aku tak pernah tgk ayah kaw?"
aku selalu fikir mcm mana kalau ayah aku masih hidup
tp tak elok. kata mak aku la.

dulu, 16 tahun yg dulu
aku pergi mana2 semua dengan mak aku
dua orang. abang ngn kakak aku mmg duduk jauh.
sebab mak aku tak ada sape2 lagi

sekarang ni
kakak aku dah kawin, abang aku pun sama.
diorang still duduk jauh dari mak aku.
aku pulak jauh kat perak ni. kat utp.
mak aku hari2 duduk sorg2 kat rumah
tak ada orang teman dia.
mak aku tak pernah complain pasal life dia

sekarang ni bulan puasa.
mak aku buka sorg2 kat rumah
dia hari2 call aku ckp dia masak ape kat rumah
tapi aku tak boleh nak balik temankan dia makan.
dia sahur sorg2
hari2 dia kejutkan aku bangun sahur.
tp dia makan sorg.
bila aku balik cuti nanti dia ckp kadang2 tengah buka dia tengok je nasi tu sambil nangis. takde selera kata dia.
dia ckp benda tu sekali je tp hari2 aku nangis fikir psl tu.
aku tak tau nak buat mcm mane. aku just ckp tunggu la aku habis belajar. 2 tahun je lagi.
mak aku pun ckp okay. dia senyum je.
sekarang mak aku dah umur 60.
aku selalu doa mintak mak aku umur panjang.
harap2 makbul la.

aku tak kisah la korg nak ckp aku ni anak mak ke ape.
tp aku sayang mak aku.
sebab tu aku selalu ckp aku sayang mak aku kalau korg tertanya2.

aku tak penah nak cite kat sape psl benda ni.
tp aku sangat sakit nak tanggung sorg2
so aku share la kat sesape yg terbaca blog ni.

kalau korg tak keberatan, al-fatihah tuk ayah aku..
terima kasih korg...=)

Saturday, September 20, 2008

Saya sayang semua kawan-kawan saya..=)


*Gambar ini tiada kena-mengena antara hidup atau yg mati*


Dalam dunia ini
kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi,dalam kita bersendirian,kita
beruntung kerana,
Mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.
Sebagaimana kita Mengharapkan
keiklasan dan kejujuran Seorang
sahabat,
begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa
akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan
dan perasaan kita.
Kita
rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk
menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada
janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia
terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita
perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa..
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik
menceritakan tentang diri kita
hingga Kadang-kadang kita terlupa

sahabat kita juga ada cerita
yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang
rasa bimbangnya?
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang
kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap
kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita
boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita
menjadi bahu untuk dia
bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar
dari yg hanya bercerita..

Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat
Kerana
dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga
ada kelemahan dan memerlukan
seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia
tidak setabah yg kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak
cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin
tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi,
jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya,
mungkin kita
akan tahu..~

Friday, September 19, 2008

Happy Birthday to Fithri Natasha Merissa Kartika

I takde gambar lain la u...hehe


ouh btw this is my first blog using this blogspot thingy.
yeaaa Welcome to blogspot !!
past half and hour ago, i struggled to fill in all the stuff required for creating this blog just because today's tasha's big day and i want to throw her a blog back.
So here i go,

This is a few days before tasha's birthday which was on 17 rasanya.
bangun2 from tidur dah exactly pukul 4 and i found out that scholar dah masuk
so the plan secara tiba2 popup that we go to buka puasa at ipoh
plan punya plan we came out with and idea of going with two cars which is mine and tasha's
sedang bersiap-siap, suddenly amir walked in and said "zul, malam ni kita jam pukul 11".
then zul said "aaa? aa okay.." and amir pun straightly keluar balik.
at this point, dzul dah start nampak tension. haha.

once sampai kat tasha's block to pickup few peoples lg, dzul and tasha suddenly had a fight about going back at 11 because in dzul's view tasha seems to be hesitated towards that idea.
so they had this pergaduhan all the way to ipoh inside my car which ada ain and anne also inside it and tasha was crying all over until we arrived at ipoh.
ouh and dzul was crying jugak at that time.
he went 'meletup' at one time and tasha was sobbing continuously.

we were like sometimes stunned and the other times tried to sing a song with a radio but when it came to a part which is i sendiri dah tak tahan, i just turned off the radio and remained silence.(marah la tu kononnya)
sorry la sha i tak layan u langsung when u said to turn the radio on.
i'm afraid if i spoke any words je nanti ada anything yg tak diingini terkeluar. haha
ouh and i thought after that they were okay but a few mins later they sambung balik nangis2 and gaduh2. sengal ah korang ni. hahah.

okay2 dah panjang sangat ni. i'll cut it short.
after berbuka sama2 semua both of them was happy balik and everything went well as usual.
i belanja her meal and plus minyak kereta i jugak as her birthday present.
Happy u makan free. hehe
we went back for a jamming session at 11 and finished at 12.
then we decided to continue keluar lagi pergi karaoke at batu gajah.
and we habiskan masa atleast 2 hour and half there by singing entah berapa banyak lagu i'm not sure.
ouh and the double date are quite fun u know. haha.

another things is, yesterday buka puasa, i accidentally menumpahkan seplastik besar grape juice which was tumpah atas tasha and she was jerit 'FUCKER!!' kuat gila okay.
trust me i don't know what to say once it happened.
tak sengaja. really!. i'm sooo sorry..



A BIG HUG AND KISSES TO TASHA AND HAPPY BIRTHDAY TO U SIS...XD


and i wonder if i tak treat u the day before what u gonna do with me that time memandangkan u came out with this statement 'nasib baik kaw buat baik kat aku semalam!..
hmm...

p/s: dah la pergi mcd tak ajak. hmpft

ouh and thx for the buka puasa that day..=)
tasha dzul ain lela nad zik azam anne



azik