Saturday, September 20, 2008

Saya sayang semua kawan-kawan saya..=)


*Gambar ini tiada kena-mengena antara hidup atau yg mati*


Dalam dunia ini
kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi,dalam kita bersendirian,kita
beruntung kerana,
Mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita.
Sebagaimana kita Mengharapkan
keiklasan dan kejujuran Seorang
sahabat,
begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa
akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan
dan perasaan kita.
Kita
rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk
menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada
janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia
terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita
perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa
kecewa..
tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat
yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik
menceritakan tentang diri kita
hingga Kadang-kadang kita terlupa

sahabat kita juga ada cerita
yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang
rasa bimbangnya?
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang
kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
sepertimana dia meniup semangat setiap
kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita
boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk
bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?
Bolehkah kita
menjadi bahu untuk dia
bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar
dari yg hanya bercerita..

Ambillah masa untuk memahami hati dan
perasaan sahabat
Kerana
dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.
Dia juga
ada kelemahan dan memerlukan
seorang sahabat..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia
tidak setabah yg kita sangkakan.

Di sebalik senyumannya mungkin banyak
cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin
tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi,
jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya,
mungkin kita
akan tahu..~

3 comments:

Merissa K. said...

dan saya pun sayang kamu juga. sangat sangat sangat.

<3

darahmuda said...

awat panjang sgt?? :P

kekasih said...

eeeeeeeiiiiiiiii
mat jiwang!
ngahahaha
saya tak sayang awak!
awak suka nyakat saya dan apam!
blueks!