Monday, September 22, 2008

tribute to ayah ngn mak aku..


*atas* husband kakak aku, aku, mak aku, abg aku,
*bawah* kakak aku, anak dia, wife abg aku and anak dia.
(aku tak ada gambar ayah aku dlm laptop..)



mohamed haziq bin samsualdin nama aku. ayah aku bg kata mak aku.
aku asalnye dari melaka. lahir kat jasin.
tapi duduk melaka sampai aku umur 4 taun jer.
pastu aku pindah jb taun 1992. dlm 24 may cmtu.
kitorang satu family, pn hamidah, encik samsualdin, cik rafidah(sekarang puan) ngn encik hafis dan juge encik haziq seronok2 la kemas2 angkat2 barang sume.(walaupun aku tak ingat satu hape pun. kecik lagi kan)

then ade satu hari ni, which is 2nd of june, seminggu lepas kitorang pindah kat rumah yg sekarang ni still lagi kami duduk, encik samsualdin yg merupakan ayah aku pergi la ke jpj. teman pakcik aku renew lesen katenye.
then ayah aku ni park la kat tepi jalan ni menunggu pakcik aku. tunggu punya tunggu punya tunggu
dan tunggu...........


beberapa jam kemudian pakcik aku pun balik la semula kat kereta.
dia bukak2 pintu kereta jer nampak ayah aku dah baringkan kerusi. dia dah bukak baju ngn aircond terpasang dengan maximumnye.
die kata dia sakit dada. berpeluh2 dia tahan sakit.
pakcik aku ni pun cepat2 la drive nak pergi hospital sultanah aminah.
dlm tgh perjalanan tu,(aku taktau la exactly kat mana), ayah aku tiba2 longlai jer.
pakcik aku kejut2 gegar2 pun tak ada jawapan.
pakcik aku panic.

sampai2 kat hospital, doctor sahkan yang ayah aku meninggal dunia.
maybe stroke katanya. mungkin juga sakit jantung. tapi aku tau ayah aku takde penyakit ape2.
proses menghubungi ahli2 keluarga kemudian bermula.

yang aku sedih sangat sebab mak aku orang yang last sekali tau.
dah berapa jam lama lepas tu baru makcik aku telefon.
mak aku ckp dia dah teduduk. tinggal tunggu nak pengsan je.
mak aku nangis tak benti.
kakak aku kat sekolah sharifah rodziah tengah amik paper trial exam spm dia.
abang aku tengah kelas kat sekolah.
yang ada hanyalah aku kat sisi mak aku.
aku taktau ape2 time tu.
aku tau gelak2 and bila aku tgk mak aku nangis aku pun nangis jugak.

bila mayat sampai kat rumah aku yg baru seminggu ayah aku beli, aku duduk kat luar sebab mak aku ckp aku tak suka orang ramai kat dalam rumah aku.
aku sibuk main dengan anak orang singapore sebelah. mas nama dia kalau aku tak silap.
bila mak aku suruh aku cium dahi ayah aku tuk last time, aku nangis2 tanak.
mak aku ckp aku takut tgk muka ayah aku kaku.
sampai sekarang aku regret benda ni.

lepas tu, aku demam seminggu dan aku taknak ckp dengan sape2 pun.
aku mula tak nak makan semua.
dulu ayah aku yg selalu suap aku makan.
mungkin sebab tu jugak aku ni kurus.

dr aku umur 4 taun, sampai la sekarang ni umur 20 taun, 16 tahun mak aku besarkan aku.
sorang2 je dia bela aku.
mak aku bg aku cukup ilmu, adab semua lah.
aku sangat bangga sebab aku ada mak mcm mak aku.

kadang2 aku sedih
sebab semua orang ada ayah.
nak2 bila hari amik report card.
kawan aku selalu tanya "mana ayah kaw wei?", "kenapa aku tak pernah tgk ayah kaw?"
aku selalu fikir mcm mana kalau ayah aku masih hidup
tp tak elok. kata mak aku la.

dulu, 16 tahun yg dulu
aku pergi mana2 semua dengan mak aku
dua orang. abang ngn kakak aku mmg duduk jauh.
sebab mak aku tak ada sape2 lagi

sekarang ni
kakak aku dah kawin, abang aku pun sama.
diorang still duduk jauh dari mak aku.
aku pulak jauh kat perak ni. kat utp.
mak aku hari2 duduk sorg2 kat rumah
tak ada orang teman dia.
mak aku tak pernah complain pasal life dia

sekarang ni bulan puasa.
mak aku buka sorg2 kat rumah
dia hari2 call aku ckp dia masak ape kat rumah
tapi aku tak boleh nak balik temankan dia makan.
dia sahur sorg2
hari2 dia kejutkan aku bangun sahur.
tp dia makan sorg.
bila aku balik cuti nanti dia ckp kadang2 tengah buka dia tengok je nasi tu sambil nangis. takde selera kata dia.
dia ckp benda tu sekali je tp hari2 aku nangis fikir psl tu.
aku tak tau nak buat mcm mane. aku just ckp tunggu la aku habis belajar. 2 tahun je lagi.
mak aku pun ckp okay. dia senyum je.
sekarang mak aku dah umur 60.
aku selalu doa mintak mak aku umur panjang.
harap2 makbul la.

aku tak kisah la korg nak ckp aku ni anak mak ke ape.
tp aku sayang mak aku.
sebab tu aku selalu ckp aku sayang mak aku kalau korg tertanya2.

aku tak penah nak cite kat sape psl benda ni.
tp aku sangat sakit nak tanggung sorg2
so aku share la kat sesape yg terbaca blog ni.

kalau korg tak keberatan, al-fatihah tuk ayah aku..
terima kasih korg...=)

10 comments:

kekasih said...

waa
sedehhhhhh
saya sayang mak saya juga!
dan ayah saya juga!

ainnabella said...

sedehla entry u ni.
5 ari je lagi. pastu u bole jumpa ur mum dah.
hehe.

darahmuda said...

lpas bace blog ini
bru saya sdar
ade ayah yg amat garang lebih baik dr xde ayah lgsung
saya nak cium tangan abah dan mak bila balik nanti la
thx azik
for 1 of the biggest lesson in my life
:)

Merissa K. said...

azik. i nangis baca.

huhuhuhuhuu.

ct haja said...

aziq, cdey la bace.
i nangis.
jage ur mum okay :)

Dzulhazmi said...

be good to ur parents...
u might not know how long they will be here...
same goes to me...

zalikha anas said...

haziq,God bless ur dad and also ur mum :) always,this is a good one dear.

izzat arslan said...

salam
great post..
it touches most every1 who read this..
haziq..
i'm proud of u being 1 of ur fren..
coz i know how tough u are facing ur life back there..
living without a dad surely is a hard thing to face in life..
but u did great things in ur life
i'm sure ur dad must be proud of u rite now..
haziq..
be glad for what u r having rite now..
love ur mum..ur family..
and keep looking forward..
whenever ur remember about ur dad..
take it as a good thing that drives u to be a better person..
i'll always support u even i'm so faraway...

dude..
selamat hari raya..
maaf zahir batin..
take care
god bless u and ur family
amin~

LuKe HaKiM said...

walaupun saya tidak mengenali anda,
your post made me cry lah.
tidak secara langsung,tetapi di dalam hati.
:)
hav a nice day encik!
enjoy UTP.
ps: call ur mom hari hari.
(i did that like selalu semasa di UTP).
Luke Hakim

najeehah ulfa said...

sabar ohayy.i taktahu diri i boleh jadi sesabar you ke tak kalau duk tempat you sekarang :(