Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Jadi Haziq


Starting with nyanyian harijadi oleh rakan-rakan di tengah malam 24th

takde gambar

Berjalan-jalan kat bazaar dan dpt hadiah-hadiah makanan bazaar

takde gambar jugak

Berbuka puasa beramai-ramai (takde la ramai sangat) kat Nasi Lemak Ayam Golek

tak ingat ade ke tak gambar

Didera dan diraikan oleh kanak-kanak perempuan yang lovely





Bersahur bersama di v5 dengan nasi lemak lagi

takde bwk phone time sahur so takde gambar



Thank you the guys and the girls and for all of the wishes
Celebration tak penting
Yang penting is the sincerity in friendship
muahahaha (okay tumbuk muka sendiri)

Thanks people as you know who you are
nak tulis takut ada tertinggal
=="

Sunday, August 22, 2010

Looping Non-stop 24/4(baru 4 days currently)

rasa mcm nak belajar violin sekarang jugak
sebab boleh nampak cool

fairytale - abandoned - oah - roll with the wind - funny little world

ape yg aku tak boleh stop dgr ni. =="

Wednesday, August 18, 2010

Rumah Nurul Iman

rumah anak-anak yatim
rumah orang-orang tua (eh ke rumah orang tua-tua?)
aku dah lama sangat nak pergi kat dua tempat ni
nak tgk suasana kat situ
nak tolong org2 kat situ
tp tak kesampaian lagi.

early 2007
semangat berkobar2 nak pergi
tp tak dpt jugak sampai la aku terlupa
then ada syntech raya gathering
rumah nurul iman ni dijemput

17/7/2010
aku dengar ada event nak bukak puasa kat rumah anak yatim
aku terus ckp nak ikut
aku tak kisah siapa peserta dia
kalau aku tak kenal pun aku nak ikut jugak

akhirnye aku menjejakkan kaki kat Rumah Nurul Iman ni
under event buka puasa by imran

tak nak la ckp byk
in short
aku betul2 tersentuh and kesian

kat budak2 yg tinggal kat situ
ada yg anak yatim
ada yg parents tak pedulikan diorg

budak ni nama dia Firdayat
masa aku sampai kat rumah ni, budak2 lain semua ramai-ramai kat luar
aku yg tak berapa nak reti segan terus masuk hostel nak tgk tmpt tidur diorang
aku masuk-masuk aku ternampak la budak ni tgh duduk sorg2 dlm tu
aku tanya la kenapa duduk sorg2
dia ckp takde apa apa
segan nak keluar
start dr situ attention aku mcm terdivert kat budak ni
bila dgr dia cerita sikit-sikit psl family dia
aku rasa sebak
bila aku sibuk-sibuk nak balik,
dia dtg tarik aku
"abg, abg dah nak balik dah ke"
sedih pulak bila dgr mcm tu
tp abang macho so abang cool je
LOL
"belajar rajin-rajin, nak upsr kan? nnti insyaallah abg dtg lagi okay"
tu jela apa yg aku mampu ckp setakat ni

dia dgn ada few lagi budak-budak kat situ nak amik upsr tahun ni
aku betul-betul terasa nak tolong ajar diorg apa yg patut
or maybe boleh jd social worker time weekend
and aku tak kisah nak berulang alik dr utp ke rumah ni
tp tulah aku taktau carenye

insyaallah la kalau murah rezeki aku nnti
semoge sampai la sedekah aku kat rumah ni
i'll be back
insyaallah aku tak tipu

haih
how i missed those kids
and one thing that i have learned
sesusah susah mana pun kita
ada jugak org lain yg lagi susah
so aku shud stop mengeluh dgn life aku
stop la
now!


Wednesday, June 2, 2010

Oh!

Oh!
Dah habis exam rupanya
Study apa lagi tu?

Oh!
Exam berakhir dengan paper yang tak palat
Indahnya

Oh!
Dah start cuti ke?
Jom la balik rumah

Tuesday, June 1, 2010

2 June 1992

Harini
Genap 18 tahun
Aku membesar
Tanpa seorang ayah

Aku tak pernah ingat
Perasaan memanggil seorang lelaki
Dengan panggilan abah
Walaupun
Jauh dalam hati
Aku tau
Aku pernah ada
Seorang ayah

18 tahun
Terima kasih mak
Membesarkan aku
Bersusah-payah
Bertungkus-lumus

Aku ingat lagi
Masa aku tadika
Aku tinggal rumah sorang-sorang
Bila hujan lebat
Aku takut
Aku telefon mak
Menangis-nangis takut
Mak susah payah balik
Dari pejabatnya
Basah kuyup sebab hujan lebat
Untuk temankan aku
Walaupun jam masih baru 3 petang

Aku ingat lagi
Hari raya pertama
Hanya aku dan mak
Berdua dalam rumah besar yang kosong
Air mata yang mengalir
Kerana kasihnya pada anak-anak
Pada pagi hari raya
Tanpa seorang ayah

Terima kasih mak
Terlalu banyak kisah
Antara kita berdua
Betapa besar dugaan
Betapa kuat semangat
18 tahun
Cepat rasanya

"Selamat Hari Ayah"
Satu-satunya ucapan
Yang tak pernah aku ucapkan



In memories
Samsualdin Hj Abd Ghaffar
2 June 1992

Al-Fatihah




Saturday, April 17, 2010

wake up wake up

Hmm.. memandang kan aku tgh dlm mood yg betul-betul homesick, pastu terpass by pulak this blog dari one of cousin aku, maka muncullah entry ni. saya dpt menghidu ada sikit emosi disini. :D

Aku belajar beberapa perkara yang aku rasa penting untuk diri aku sendiri baru-baru ni.. hmm..

"Ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang."

*aku rasa macam byk kali tak jawap bila mak aku panggil time tgh sembahyang. masyaallah. tak tau. takpe. :P

"Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya."

*hmm... aku kene belajar jadi pemarah skit la cmni.. zz..

"Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung…"

*erm.. ibu.. bapa.. kepada kawan-kawan, buat la apa yg patut sementara diorg ada lagi. untuk aku, aku bersyukur sbb aku still ada sorg ibu yg sangat sabar dan tabah.


mintak maaf ye mak. bulan depan adik balik. pastu ujung taun ni grad dah. heh heh. :P

Monday, April 12, 2010

GooglaGoogleGooglo


1.16am : Sedang membuat interim.
1.25am : Tiba-tiba mcm teringat something.
So dengan pantasnya bukak chrome.


1.29am : Sementara tunggu page load, bukak la dulu fb yg dah sedia load.
*internet utp..please understand*

1.35am : Tiba-tiba tertengok tab kat status bar.
"Oh ada google page. Nak buat apa eh? Nak google apa tadi?"

Kepala hotak dia la baru tak sampai 10 minit aku dah lupa apa yg aku nak google tadi. Rasanya macam penting tadi sebab gelut-gelut nak bukak google.com.

Okay sekarang ni mcm mana?


Friday, April 9, 2010

cendool



i'm feeling like eating one of these.
awak rasa tak?
sedapnya...
slurrrrppppgghh

Wednesday, April 7, 2010

Monday, April 5, 2010

emofreak

eh, siapa-siapa

kalau lalu blog ni
tolong tumbuk aku sekali boleh?

aku menyampah
dengan diri sendiri

siapa ada ubat yg boleh buat berhenti emo?

berhenti berharap

tolong belajar :


makan sayur
makan makanan tapau
makan depan laptop
makan pada waktunya
ataupun
makan sorang-sorang


tolong belajar.


aku pun kena belajar jugak.

harap maklum
takde siapa nak melayan budak yang mengada-ngada.

Sunday, April 4, 2010

tambah tolak darab bahagi

A : awak ni haziq ke?
B : aah la saya la haziq.

A : eh tapi saya rasa awak bukan haziq la. awak tak mcm haziq.
B : ye ke? oh tapi saya memang haziq. kenapa awak ckp mcm tu?

A : awak ni selalu fikir negative la. haziq tak mcm tu.
B : saya tak perasan la wak. betul ke?

A : betul.. dah la awak ni mcm tak ada self confidence je saya tengok.
B : suka hati je sembur saya. pfft.

A : lepas tu awak ni mcm moody je. semua benda buat mcm tak kena.
B : .......

A : kenapa diam? awak kan dulu selalu banyak opinion? mana idea-idea awak semua?
B : awak ni gila ke?

A : saya rasa awak ni tak normal la. emosi kat benda-benda bodoh.
B : mana awak tau ni?

A : saya tau laaa..
B : cakap la mana awak tau..

A : saya ni haziq beberapa minggu yang lepas. so saya tau la.
B : *pengsan*

PMS

kerja banyak?
malas nak buat?
takde mood nak buat?
mengantuk?
nak tidur?
tak boleh tidur?
boring?
tak tau nak buat apa?
takde mood nak buat apa-apa?
rasa tak best?
semua benda tak kena?

termaktub diatas, adalah symptom-symptom overstress-yg-tak-tau-mcm-mana-boleh-kena-and-tak-sepatutnya-ada-dan-mengada-ngada

Tuesday, March 9, 2010

oreo mcflurry



aaaaaaaaaaaaaaaaaa....
ummmmppphhhhh..
slrrrp...
aaahhhh...

Monday, March 8, 2010

progress report

oh mai gudness.
aku baru balik dari jumpa dr jafreezal
dia nak semua calculation to be done using fuzzy logic later.
and with the output provided.
including descriptions of the factors that affecting genders while conceiving.
and the best part isssssss :

"oh later i want u to go to any hospital and pergi make an appointment with a pakar sakit puan or gynecologist.. tanya lah apa-apa yang patut." - Jafreezal Jaafar

aku nak tanya apa ni wei?

p/s : aku takde seminar 1 mahupun seminar 2 weh. haha

Wednesday, March 3, 2010

big apple as in big apple not a big apple.. -_-"

have u ever heard of Big Apple Donut and Coffee?
when someone said big apple it is actually meant for big apple. not a big apple. a big round apple.
got what i mean?
but yes i did know someone who dont. lol.

Athirah: apa ke hal kempunan plak ni?

azik: taktau
huhu
tiba2
nak vanilla coke dgn big apple
tp big apple mcm tak logik mlm2 buta ni

Athirah: hehe
apple boleh la
kat v6 jual

azik: apple?

Athirah: yeap
u ckp big apple

azik: apple as in apple ke?

Athirah: yeap
knape?
ohhhh
hahahahah
donut
hahahah

azik: oh my god
i nak masukkan dlm blog
hahaha

Athirah: aaaa
jangan
malu nyeee
adoiii
slow sikit malam ni

Saturday, February 6, 2010

FYP 1

Topic final year project aku bunyinya macam ada sikit melampau dari segi kepoyoan dan kepanjangan.

"Fuzzy Based Decision Support System for Selecting Gender of the Offspring Based on the Gynaecological Data"

okay wtf was that? aku pun taktau macam mana nak wujudkan system yg sedemikian rupa. nama je mcm kerek sikit. hasilnya entah macam mana.

to be short, i have done sikit research on the factors yg afftecting the genders of the offspring. ini telah membuatkan aku mengklasifikasikan topic FYP aku sebagai 18SX.

Factor 1 :
If ur wife ph is alkaline, u are much more likely to have a boy, but if ur wife ph is acidic, u're more likely to get a girl baby. The body temperature as well affecting the gender but i'm not sure how much it can be affected.

Factor 2:
A specific diets can helps the wives on increasing the chances of getting a boy or a girl baby. Yes, a specific diets. What are the diets i haven't completed my research yet. i'll get back to it later. lol.

Factor 3
The sex positions. Seriously it has it own affect.
I have found out that the different sex positions somehow will help on placing the either X or Y chromosome of the sperm in the best position to be fertilized with the egg which ultimately will determines the gender of the baby.
Yes, it is proven over 90% by the professional!

"The positions chosen for intercourse and the regularity of orgasms can help determine the sex of your future child"

Ye inilah sebabnya rasa project ni mcm 18SX. I can't imagine on how to do a final presentation later on since according to bro fadzil, my topic has created some interest from half of the department. soo, he said that most likely half of the department would like to be there during my final presentation.

.sigh.

Friday, February 5, 2010

2nd Feb 2010 minus 24th May 2009

ohhh finally pintu hati terbukak balik untuk blogging.
sorry for making this blog like kind of non existence thingy.
eventhough i got nothing to share but this is just a post to show that im back to the blogspot.

anyways there're few random thoughts in my mind currently which kinda bothers me :

Celah mana batu berangkainya weh wahai housemate-housemate ku sekalian dengan wujudnya laptop untuk berdota sepanjang masa?
Roommate ku study dengan bersungguh-sungguh malam tadi. Shud i feel terancam or support him eh? Apa kata kita study sama-sama. LOL
RAM laptop ni makin menjadi-jadi slow dia bila update to Windows 7. Mencari-cari if anyone rela menjual RAM berkapasiti 1gb or 2gb for laptop.
Flight KUL-CGK akan berlepas pada Jumaat jam 4.40pm dan kembali pada Selasa 9.00pm. Mcm mana nak balik ke UTP semula? zzzz
Bough a coki-coki yesterday. Tapi rasanya pelik semacam. Coki-coki boleh basi ke?

nanti sambung lagi la. nak main dota.
LOL