Saturday, April 17, 2010

wake up wake up

Hmm.. memandang kan aku tgh dlm mood yg betul-betul homesick, pastu terpass by pulak this blog dari one of cousin aku, maka muncullah entry ni. saya dpt menghidu ada sikit emosi disini. :D

Aku belajar beberapa perkara yang aku rasa penting untuk diri aku sendiri baru-baru ni.. hmm..

"Ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang."

*aku rasa macam byk kali tak jawap bila mak aku panggil time tgh sembahyang. masyaallah. tak tau. takpe. :P

"Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya."

*hmm... aku kene belajar jadi pemarah skit la cmni.. zz..

"Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung…"

*erm.. ibu.. bapa.. kepada kawan-kawan, buat la apa yg patut sementara diorg ada lagi. untuk aku, aku bersyukur sbb aku still ada sorg ibu yg sangat sabar dan tabah.


mintak maaf ye mak. bulan depan adik balik. pastu ujung taun ni grad dah. heh heh. :P

Monday, April 12, 2010

GooglaGoogleGooglo


1.16am : Sedang membuat interim.
1.25am : Tiba-tiba mcm teringat something.
So dengan pantasnya bukak chrome.


1.29am : Sementara tunggu page load, bukak la dulu fb yg dah sedia load.
*internet utp..please understand*

1.35am : Tiba-tiba tertengok tab kat status bar.
"Oh ada google page. Nak buat apa eh? Nak google apa tadi?"

Kepala hotak dia la baru tak sampai 10 minit aku dah lupa apa yg aku nak google tadi. Rasanya macam penting tadi sebab gelut-gelut nak bukak google.com.

Okay sekarang ni mcm mana?


Friday, April 9, 2010

cendool



i'm feeling like eating one of these.
awak rasa tak?
sedapnya...
slurrrrppppgghh

Wednesday, April 7, 2010

Monday, April 5, 2010

emofreak

eh, siapa-siapa

kalau lalu blog ni
tolong tumbuk aku sekali boleh?

aku menyampah
dengan diri sendiri

siapa ada ubat yg boleh buat berhenti emo?

berhenti berharap

tolong belajar :


makan sayur
makan makanan tapau
makan depan laptop
makan pada waktunya
ataupun
makan sorang-sorang


tolong belajar.


aku pun kena belajar jugak.

harap maklum
takde siapa nak melayan budak yang mengada-ngada.

Sunday, April 4, 2010

tambah tolak darab bahagi

A : awak ni haziq ke?
B : aah la saya la haziq.

A : eh tapi saya rasa awak bukan haziq la. awak tak mcm haziq.
B : ye ke? oh tapi saya memang haziq. kenapa awak ckp mcm tu?

A : awak ni selalu fikir negative la. haziq tak mcm tu.
B : saya tak perasan la wak. betul ke?

A : betul.. dah la awak ni mcm tak ada self confidence je saya tengok.
B : suka hati je sembur saya. pfft.

A : lepas tu awak ni mcm moody je. semua benda buat mcm tak kena.
B : .......

A : kenapa diam? awak kan dulu selalu banyak opinion? mana idea-idea awak semua?
B : awak ni gila ke?

A : saya rasa awak ni tak normal la. emosi kat benda-benda bodoh.
B : mana awak tau ni?

A : saya tau laaa..
B : cakap la mana awak tau..

A : saya ni haziq beberapa minggu yang lepas. so saya tau la.
B : *pengsan*

PMS

kerja banyak?
malas nak buat?
takde mood nak buat?
mengantuk?
nak tidur?
tak boleh tidur?
boring?
tak tau nak buat apa?
takde mood nak buat apa-apa?
rasa tak best?
semua benda tak kena?

termaktub diatas, adalah symptom-symptom overstress-yg-tak-tau-mcm-mana-boleh-kena-and-tak-sepatutnya-ada-dan-mengada-ngada