Wednesday, June 2, 2010

Oh!

Oh!
Dah habis exam rupanya
Study apa lagi tu?

Oh!
Exam berakhir dengan paper yang tak palat
Indahnya

Oh!
Dah start cuti ke?
Jom la balik rumah

Tuesday, June 1, 2010

2 June 1992

Harini
Genap 18 tahun
Aku membesar
Tanpa seorang ayah

Aku tak pernah ingat
Perasaan memanggil seorang lelaki
Dengan panggilan abah
Walaupun
Jauh dalam hati
Aku tau
Aku pernah ada
Seorang ayah

18 tahun
Terima kasih mak
Membesarkan aku
Bersusah-payah
Bertungkus-lumus

Aku ingat lagi
Masa aku tadika
Aku tinggal rumah sorang-sorang
Bila hujan lebat
Aku takut
Aku telefon mak
Menangis-nangis takut
Mak susah payah balik
Dari pejabatnya
Basah kuyup sebab hujan lebat
Untuk temankan aku
Walaupun jam masih baru 3 petang

Aku ingat lagi
Hari raya pertama
Hanya aku dan mak
Berdua dalam rumah besar yang kosong
Air mata yang mengalir
Kerana kasihnya pada anak-anak
Pada pagi hari raya
Tanpa seorang ayah

Terima kasih mak
Terlalu banyak kisah
Antara kita berdua
Betapa besar dugaan
Betapa kuat semangat
18 tahun
Cepat rasanya

"Selamat Hari Ayah"
Satu-satunya ucapan
Yang tak pernah aku ucapkan



In memories
Samsualdin Hj Abd Ghaffar
2 June 1992

Al-Fatihah